Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Belanjawan 2021: Teguh Kita, Menang Bersama

346
SHARE

BELANJAWAN 2021: TEGUH KITA, MENANG BERSAMA

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada YB Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia atas pembentangan belanjawan tahun 2021.

Belanjawan 2021 merupakan belanjawan yang paling besar dengan mencatatkan jumlah sebanyak RM322.5 billion. Belanjawan pada kali ini menumpu kepada tiga matlamat induk iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan dan Ketahanan Ekonomi

Semoga Belanjawan 2021 ini benar-benar dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan mendapat sokongan penuh demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

#Belanjawan2021
#TeguhKitaMenangBersama

YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA
7 November 2020 bersamaan 21 Rabi’ulawal 1442H