Home Berita PAS Melaka

Lega lihat Ustaz Halim semakin pulih – YDP PAS Tangga Batu

464
SHARE

Oleh : Ibnu Janie
Foto : Abu Anas

TANGGA BATU, 4 Nov  : Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Haji Bakri Jamaluddin menzahirkan rasa lega melihat keadaan Ustaz Abdul Halim Maidin yang semakin sihat selepas lebih seminggu selamat menjalani pembedahan.

“Saya mewakili PAS Kawasan Tangga Batu berdoa supaya beliau tabah dan bersabar menghadapi ujian ini dan dibalas oleh Allah sebagai suatu amal baik atas kesabaran beliau.

“Kita berharap beliau masih boleh menyumbang tenaga dan buah fikiran kepada PAS, khususnya PAS Kawasan Tangga Batu untuk kita mengorak langkah, khususnya dalam suasana politik hari ini.” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika melakukan ziarah dan kunjungan hormat ke atas mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Halim Maidin yang telah selamat menjalani pembedahan baru-baru ini di kediaman beliau di Taman Sri Tanjung, Kampung Gelam, di sini, pagi semalam

Ustaz Abdul Halim, 61, pada Khamis malam 22 Oktober lepas telah melalui satu pembedahan di Hospital Melaka bagi membuang sebahagian kaki kiri beliau sehingga ke paras paha akibat daripada penyakit kencing manis yang dihidapi beliau.

Kunjungan ini turut disertai Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek, Timbalan Yang Dipertua PAS Tangga Batu Haji Rafie Ahmad bersama beberapa orang pimpinan daripada Badan Perhubungan PAS Melaka dan PAS Kawasan Tangga Batu.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)