Home Artikel PAS Melaka

Pingat diterima dorongan bekerja lebih kuat untuk PAS – Bendahari PAS Melaka

812
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

HANG TUAH JAYA, 2 Nov : Bendahari PAS Melaka, Haji Md Yasim Haji Musa, 69, menyifatkan pingat yang diterima hari ini adalah satu dorongan kepada beliau untuk beliau meningkatkan komitmen pada parti.

“Terima kasih kepada Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek yang mencadangkan nama saya untuk menerima pingat ini. Saya rasa sangat bersyukur kepada Allah SWT.” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Wartawan Rakyat Melaka (WARM) selepas menerima anugerah Pingat Jasa Kebaktian (PJK), sempena sambutan Hari Jadi yang ke 71, Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Hj Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Negeri di sini pagi semalam.

Haji Md Yasim yang dilahirkan pada 29 Mac 1951 itu berasal dari Kampung Bukit Durian, Paya Dalam, Melaka.

Turut bersama-sama mengiringi beliau ialah isteri beliau Cikgu Hajah Sapinah Abdul Rahman.

Pingat Jasa Kebaktian yang diterima Haji Md Yasim ini mula dikurniakan pada tahun 1962 kepada orang perseorangan yang berbakti dan berkhidmat dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab kepada Negeri Melaka dan pingat tidak membawa sebarang gelaran.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)