Home Berita PAS Sabah

Amilin PAS tidak dilupakan

879
SHARE

Oleh : Nurul Syakinah Syaning
02 November 2020

Lahad Datu : Dalam kesibukan melaksanakan Misi Bantuan Asnaf, PAS Lahad Datu turut memberi bantuan kepada amilin PAS di Lahad Datu dalam rangka Misi Bantuan Amilin.

Sebanyak 21 orang amilin yang terdiri daripada guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Sekolah Rendah Intergrasi Teras Islam (SRITI) serta petugas muslimat dan Jabatan Amal telah menerima bantuan tersebut dalam Misi Bantuan Amilin kali ini.

Bantuan yang diberikan adalah pek makanan asas seperti beras, telur, minyak, gula dan lain-lain.

Bantuan tersebut telah diserahkan
bermula 31 Oktober 2020 sehingga 2 November 2020 di kediaman para amilin yang bertempat di Kampung Sarip serta Kampung Batu 2.

Penyerahan bantuan tersebut telah diketuai oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Silam, Nizam Latuah bersama beberapa orang petugas PAS.

Nizam berkata, “bantuan ini adalah salah satu bentuk penghargaan kepada amilin yang bersama-sama PAS sepenuh masa”.