Home Berita PAS Melaka

Regu Anuar-Ahmad johan Kejohanan Badminton Tertutup Kampung Lendu

913
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 2 Nov: Regu Anuar Sabtu dan Ahmad Adam dinobatkan sebagai Johan Kategori Veteran (lebih 48 tahun) dalam Kejohanan Badminton Tertutup Kampung Lendu yang berlangsung di Dewan Kompleks Rakan Muda Lendu, di sini semalam.

Sementara Naib Johan bagi kategori yang sama jatuh kepada regu Salleh Yusof dan Ahmad Yusuf manakala tempat ketiga pula jatuh kepada regu Mat Aris Mat Isa dan Basir Amit.

Selain kategori veteran terdapat satu lagi kategori dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki Terbuka dengan regu Nurshahriman Mohd dan Hisyamudin Jamaludin dinobatkan sebagai johan.

Johan Kategori Terbuka : regu Nurshahriman Mohd dan Hisyamudin Jamaludin.

Naib Johan bagi Kategori Lelaki Terbuka ini pula jatuh kepada regu Baharudin Ujang dan Prof Madya Dr S. Salahudin, sementara tempat ketiga jatuh kepada regu Shamsul Anuar Saleh dan Norazlan Majid.

Program anjuran bersama Bersatu Cawangan Pekan Lendu, Armada Pekan Lendu dengan kerjasama PAS Cawangan Pekan Lendu ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah, YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsuddin.

Sementara penutup rasmi dan sesi penyampai hadiah pula disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman.

Program yang bermula dari 8.30 pagi dan berakhir jam 3.30 petang dan mematuhi SOP Covid-19 itu turut dihadiri Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Arshad Md Som, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Abu Naufal Samsudin dan Setiausaha Armada Bersatu Masjid Tanah, manakala Nasri Jaafar pula bertindak sebagai Pengarah Program.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)