Home Artikel PAS Perak

Keluarga Daif Di Parit Dua Kubu Gajah Dapat Perhatian YB | Khabar DUN Perak

574
SHARE
KELUARGA DAIF DI PARIT DUA KUBU GAJAH DAPAT PERHATIAN YB
BAGAN SERAI – YB Tuan Haji Razman Zakaria bersama YDP PAS Kawasan Bagan Serai Tuan Haji Aziz Majid diiringi NYDP Ustaz Sukri menziarah sebuah keluarga di parit 2 kubu Gajah, Semanggol.
Program ziarah berkenaan susulan aduan daripada Helmi AJK PAS cawangan Padang lalang berkenaan kesusahan hidup Muhammad Puzi Mat Isa sekeluarga dan tinggal dalam keadaan rumah yang daif.
Hasil ziarah tersebut mendapati Puzi telah diberhentikan kerja dan sekarang hanya mempunyai sumber pendapatan dengan mengambil upah kerja kampong dimana purata pendapatan lebih kurang Rm600 sebulan.
Isteri beliau pula mengidap sindrom penyakit ‘meroyan’ dan dlm proses untuk memohon status OKU di samping mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tebuk Matau.
Menurut maklumat yang diterima juga, beliau pernah memohon rumah bantuan Baitulmal namun masih belum diluluskan.
Insya-allah YB dengan kerjasama pusat khidmat akan mengusahakan bantuan melalui saluran-saluran tertentu berkait dengan permasalahan tersebut.
Turut hadir Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bagan Serai Haji Ahmad Mokhtar.