Home Artikel PAS Melaka

Program Aulad Cilik PASTI Ar-Rahman cungkil bakat murid

355
SHARE

 

Oleh : Sumayyah Ahmad

MASJID TANAH, 29 Okt: Program Aulad Cilik PASTI Ar Rahman, Pengkalan Balak telah mencapai objektifnya apabila berjaya mencungkil bakat murid-murid PASTI melalui pelbagai kategori pertandingan.

Program yang berlangsung semalam di dewan terbuka PASTI Ar Rahman itu terdiri daripada pelbagai kategori pertandingan iaitu Pertandingan Azan, Hafazan, Hafazan Hadis, Bercerita, Pidato, Khutbah, Sajak, dan Nasyid.

Johan kepada Pertandingan Khutbah jatuh kepada adik Ammar Luthfi Ayatullah Hadi, 6, johan Pertandingan Bercerita ialah adik Elysa Medina Nuzaihan, 6, johan Pertandingan Hafazan, adik Sumayyah Atiqah Mohd Najib, 6, johan Pertandingan Pidato, adik Ali Zhafran Mohd Idham, 5, johan Pertandingan Sajak, adik Irfan Zariff, 6, johan Pertandingan Azan, adik Ammaf Faiq Abdullah Fahmi, 5 dan johan Hafazan Hadis, adik Insyirah Amni Iddy Amri, 6.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman.

Terdahulu majlis ini telah dimulakan dengan solat Duha yang didirikan secara berjemaah bersama guru dan murid-murid.

Program berjalan lancar dengan murid-murid dilihat terhibur serta aktif dengan aktiviti yang telah dipertandingkan dan telah berakhir dengan jamuan ringan yang disumbangkan oleh penjaga murid.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)