Home Artikel PAS Sabah

Maulidur Rasul dirai dengan Misi Prihatin PAS Lahad Datu

359
SHARE

29 Oktober 2020
Oleh : Yusrizal Baco

LAHAD DATU : Sambutan Maulidur Rasul hari ini, diraikan oleh PAS Lahad Datu dengan meneruskan lagi Misi Prihatin bagi membantu golongan asnaf.

Sebanyak 145 buah keluarga di Kampung Binuang telah menerima sumbangan berupa pek makanan asas ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Silam, Landari Labobo berkata “Maulidur Rasul adalah hari yang di nanti-nanti oleh seluruh umat islam. Tidak salah untuk kita berkongsi kegembiraan & kasih sayang nabi SAW dengan menghulur bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan”.

“PAS akan sentiasa berkerja demi Islam dan kebajikan masyarakat kerana itulah apa yang nabi SAW telah ajarkan kepada umatnya” tambahnya lagi.

Beliau yang juga ketua kepada Misi Prihatin kali ini sempat mengucapkan “Salam Maulidur Rasul” bersama-sama ahli PAS yang hadir kepada seluruh umat islam khasnya di daerah Lahad Datu ini.