Home Berita PAS Melaka

Pena Editor Melaka : Malaysia darurat?

746
SHARE

KETIKA rencana ini ditulis belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada kerajaan berkaitan dengan isu darurat yang heboh diperkatakan sejak semalam. Kita semua tidak pasti apa sebenarnya yang ingin dilakukan kerajaan.

Ramai pemimpin pembangkang yang mula memberikan komen kononnya darurat ini mahu dilaksanakan kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang kerajaan yang ada sekarang akan ditumbangkan dengan undi tidak percaya di parlimen.

Jika Muhyiddin menghadapi undi tidak percaya maka Muhyiddin akan membubarkan parlimen. Maka akan berlaku PRU yang boleh menyebabkan memburuknya Covid-19.

Lalu ada yang kata “Itu kalau Muhyiddin bubar parlimen. Tak payah bubar parlimen! Serah sahajalah kuasa pada Anwar! Jadi tak berlaku PRU!” Itu kata macai-macai pembangkang yang tidak pakai otak dan berakal pendek.

Kita jangan lupa, jika sekali pun Muhyiddin kalah undi tidak percaya dan tidak membubarkan parlimen kita ada dua lagi pilihan raya iaitu PRK Parlimen Batu Sapi di Sabah dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang tidak boleh dielakkan lagi. Ia mesti dilakukan juga berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Itu belum lagi jika ada lagi wakil rakyat yang akan menemui ajal dalam masa terdekat ini.

Bayangkan apa akan berlaku jika berlaku semua pilihan raya ini? Apa jaminan Covid-19 tidak memburuk dengan semua pilihan raya ini? Walau apa kaedah baharu sekali pun digunakan tetap ada kebarangkalian bahawa Covid-19 akan merebak kerananya.

Jadi pada saya jika benar kerajaan akan melaksanakan darurat ia adalah sesuatu yang sangat penting untuk mengekang politikus-politikus gila yang sekarang ini seperti sedang dirasuk hantu yang hanya tahu nak bermain politik di saat rakyat sedang menderita akibat Covid-19 ini.

Apa-apa pun kita nantikan pengumuman rasmi kerajaan tentang apa sebenarnya yang bakal berlaku. Berserahlah kita kepada Tuhan Kerajaan Malaysia.

IBNU JANIE
● Editor CPP Berita PAS- WARM Melaka
● Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)