Home Artikel PAS Melaka

Kutipan derma kilat buat Ustaz Zulqarnain | Ustaz Ahmad Bilal

1013
SHARE

 

Oleh : Siti Hajar

HANG TUAH JAYA, 17 Oktober : Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Ahmad Bilal Rahudin menyeru orang ramai agar dapat menghulurkan sumbangan derma kilat untuk membantu meringankan beban ditanggung Ketua Unit Media ARC Melaka, Zulqarnain Abd Rahim yang mengalami kemalangan motosikal pada 15 Oktober yang lepas.

“Semoga beliau cepat sembuh dan dapat sedar seperti biasa. Buat masa ini pembedahan telah berjaya dan telah dirawat di wad ICU Hospital Melaka.

“Beliau antara susuk tubuh yang sentiasa turun ke program dan selalu aktif di sebalik tabir program yg dianjurkan ARC Melaka.

“Semua bahan media dan posting di page ARC Melaka sebelum ini adalah hasil kerja tangan tulisan beliau.

“Kami rindukan gelak tawa beliau dan kami semua sentiasa menunggu Ustaz Zulqarnain sedar semula.”, demikian kata Bilal dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau pagi tadi.

Sehubungan itu beliau turut memaparkan poster maklumat kutipan Team ARC Melaka berkaitan derma kilat ini.

Poster itu menyebut, sebarang bantuan kewangan boleh disalurkan ke akaun rasmi ARC Melaka bernombor 5540 2628 7130 (Maybank).

Menurut poster itu lagi, sebarang pertanyaan dan pemakluman mengenai sumbangan tunai melalui akaun rasmi ARC Melaka (ARC GARAGE), boleh terus hubungi Bendahari ARC Melaka iaitu Zulhilmi Suboh di talian 013-654 6560.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)