Home Artikel PAS Sabah

PAS Sandakan prihatin sumbang wakaf rehal dan iqra

196
SHARE

Oleh : Fatihah Fatin Taip
17 Oktober 2020

SANDAKAN : Prihatin dengan permintaan Kelas Mengaji Kampung Sim Sim, PAS Sandakan telah menyerahkan sumbangan wakaf rehal dan iqra bagi keperluan kelas tersebut Jumaat lalu dekat sini .

Hadir meyerahkan sumbangan tersebut ialah Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Sandakan, Adam Ahmad, AJK PAS Sandakan dan beberapa orang ahli PAS Cawangan Kampung Sim Sim.

Sahar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah ketika ditemui berkata, PAS Sandakan sentiasa prihatin dan aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan menggerakkan peranan Lajnah Kebajikan dalam usaha membantu mereka yang memerlukan dari semasa ke semasa.

Sumbangan itu disampaikan lanjutan aktiviti kebajikan yang dilaksanakan PAS Sandakan sebelum ini yang sentiasa mendekati masyarakat memerlukan termasuk pusat pendidikan.

Seramai 10 orang pelajar di kelas mengaji tersebut telah menerima manfaat daripada sumbangan kebajikan yang dilaksanakan itu.