Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Tiga kes baharu di Alor Gajah

816
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 16 Okt : Tiga kes baharu Covid-19 dikesan di Daerah Alor Gajah hari ini menjadikan jumlah kes aktif di Negeri Melaka bertambah kepada 14 kes berbanding 11 semalam.

Demikian dilaporkan laman Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Melaka sebentar tadi.

Menurut laporan itu dua daripadanya direkodkan di Mukim Durian Tunggal dalam kategori kes jangkitan tempatan saringan kontak rapat kes positif kluster utama sementara satu lagi kes direkodkan di Mukim Rembia daripada kes jangkitan tempatan saringan kontak rapat kes positif.

Laporan itu juga menyebut, pada masa ini sebanyak enam mukim dikategorikan sebagai Zon Kuning iaitu Mukim Bukit Katil, Ayer Molek, Tanjung Minyak, Tanjung Kling, Durian Tunggal, dan Rembia.

Sementara itu secara keseluruhan sebanyak 629 kes direkodkan di seluruh Negara hari ini dengan 489 daripadanya direkodkan di Negeri Sabah.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)