Home Artikel PAS Selangor

Memperkukuh Muafakat, Memperkemaskan Perikatan – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor

194
SHARE

Oleh : Ustaz Muhammad Hanif J

Gambar ni waktu kami adakan program edaran mask di pasar Kanchong Darat akibat jerebu teruk melanda negara suatu ketika dahulu.

Saya amat teruja bersama kedua-dua insan hebat ini, Sdra Shahril Sufian Hamdan Ketua Penerangan UMNO Ketua ini, Sdra Sritheran Renganathan Ketua Pemuda MIC Selangor

Penyatuan yang hampir dikatakan mustahil berlaku suatu ketika dahulu, kini telah pun berjaya direalisasikan. Pelbagai suka duka cerita lama menjadi cerita lucu usikan setiap kali pertemuan.

Kekuatan ini diterjemahkan dengan terbentuknya Kerajaan Perikatan Nasional yang turut disertai oleh sahabat-sahabat Bersatu dan lain-lain dan ia terus berjaya di mata rakyat dengan beberapa pencapaian yang memuaskan.

Perkara ini sangat tidak di senangi oleh DAP serta boneka mereka, hasutan demi hasutan dilakukan agar keakraban ini pecah dan mereka akan mengambil peluang.

Tidak dinafikan ianya berjaya menggoncangkan sedikit kekuatan ini, namun atas kebijaksanaan para pimpinan, memberi nasihat, membuat teguran ianya pasti akan dapat meredakan tekanan. Biasa lah dalam kelas ada seorang dua pelajar nakal, denda berdiri atas kerusi, tarik sideburn sikit lepas tu bagi nasihat ok la tu.

Teruskan bekerja, para pimpinan buatlah keputusan yang terbaik untuk ummah, untuk negara dan untuk rakyat Malaysia.

Hanif J
Pendokong perpaduan, kepentingan umum menjadi utama.

Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor