Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Dua kes baharu di Daerah Alor Gajah hari ini

1439
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

HANG TUAH JAYA, 14 Okt : Dua kes baharu direkodkan di Melaka hari ini dengan kedua-dua kes dikesan di Daerah Alor Gajah seperti dilaporkan laman Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Melaka sebentar tadi.

Menurut laporan itu, satu daripadanya direkodkan di Mukim Durian Tunggal yang dikategorikan sebagai kes import B, saringan kontak rapat kes positif rakan sekerja di Negeri Selangor sementara satu lagi kes dikesan di Mukim Rembia dalam kategori kes jangkitan tempatan saringan bergejala anggota kesihatan.

Laporan itu juga berkata sebanyak sembilan kes aktif direkodkan di Negeri Melaka setakat ini dengan jumlah kes keseluruhan sebanyak 276 kes, sementara 262 daripadanya telah sembuh.

Secara keseluruhan, sebanyak 660 kes baharu direkodkan di seluruh negara untuk hari ini dengan Sabah masih mendahului kes tertinggi dengan merekodkan 429 kes.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)