Home Berita PAS Selangor

Wajib Dijaga Perpaduan Ummah Yang Telah Dibina – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor

498
SHARE

Oleh : Ustaz Hanif J

°Islam, Perpaduan dan Kuasa.

perpaduan ummah merupakan satu topik yang penting dan dititik beratkan dalam Islam. Namun ia bukanlah mudah untuk direalisasikan memerlukan keikhlasan yang jitu dan pengorbanan yang besar.

Hari ini kita dapati umat Islam merupakan umat yang berpecah belah. Pelbagai isu telah memisahkan umat Islam antara satu sama lain terutamanya dalam urusan politik sedangkan politik Islam itu mendamaikan dan menyatukan.

Bersifat damai pada yang berkehendak kepada Islam serta tidak memusuhinya namun tegas pada yang memperlekehnya serta keras pada yang menghinanya.

Namun terkadang akibat sebahagian yang tamakkan kuasa, keinginan pada jawatan dan pangkat, dendam dan iri hati melebihi segalanya menyebabkan perpaduan itu diabaikan. “alang-alang tak dapat, biar semua tak dapat”

°Perpaduan Aus & Khazraj

Aus dan Khazraj adalah kabilah yang telah bermusuhan sejak sekian lama permusuhan bukan biasa-biasa, berperang sesama mereka.

Namun baginda Muhammad SAW datang dengan membawa cahaya Islam kepada mereka. Mereka menjadi sahabat yang sangat akrab sehingga sanggup menggadaikan nyawa mereka demi sahabat yang pernah dimusuhi suatu ketika dahulu.

Apa rahsianya? KEFAHAMAN tentang Islam dan KEIKHLASAN untuk bersama. Andai hilang dua ini maka akan hilangnya perdamaian dan perpaduan.

°Perpaduan tidak membisu

Walaupun Islam mementingkan perpaduan namun pada masa yang sama Islam menolak perpaduan yang membawa kepada kejahatan dan keburukan.

Maksudnya apabila wujudnya kejahatan dan penyelewengan rasuah dalam masyarakat, mereka mestilah bangun memperbetulkan kejahatan dan penyelewengan tersebut.

Umat Islam dilarang membisu tanpa berbuat apa-apa apabila maksiat berlaku atas alasan memelihara perpaduan.

“kamu merupakan sebaik-baik ummah yang diutuskan untuk menyerukan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah.” Al-Imran 110

°Perpaduan wajib dijaga

Perpaduan ummah yang dianjurkan oleh Islam ialah perpaduan yang positif dan ke arah kebaikan iaitu perpaduan atas melaksanakan kebenaran bukan perpaduan yang negatif iaitu perpaduan ke arah kejahatan.

Apabila telah wujudnya perpaduan ummah yang bersifat positif maka ianya wajib dijaga sebaik yang mungkin adalah sangat ditegah bagi mana-mana individu atau kumpulan untuk melakukan apa sahaja yang boleh membawa kepada perpecahan.

“Wahai orang yang beriman jauhilah kamu daripada kebanyakan berburuk sangka, kerana sesungguhnya sebahagian berburuk sangka itu dosa dan jangan kamu mencari kelemahan orang lain dan jangan kamu mengumpat antara satu sama lain. Surah al-Hujurat 12

Semoga Perpaduan Ummah terus segar dan mekar.InsyaAllah.

Hanif J
Yakin Islam tidak pernah rugi.

Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor