Home Berita PAS Melaka

Tahniah Datuk Pesuruhjaya PAS Melaka! – PAS Kawasan Masjid Tanah

1033
SHARE

PAS Kawasan Masjid Tanah dengan sukacitanya mengucapkan jutaan tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek kerana dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena hari jadi ke -71 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam semalam.

Kami percaya bahawa pemberian anugerah ini adalah satu bukti bahawa PAS telah memainkan peranan penting dalam pentadbiran kerajaan Negeri Melaka selama ini terutama dalam soal pembangunan Agama Islam dan kebajikan masyarakat.

Saya bagi pihak seluruh warga PAS Kawasan Masjid Tanah berdoa dan berharap semoga dengan anugerah ini akan menambahkan lagi semangat kepada Datuk Pesuruhjaya PAS Melaka khususnya dan seluruh pimpinan PAS di Negeri Melaka amnya dalam memperkasakan PAS demi untuk memperkuatkan lagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).

ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN

UST IMRAN ABDUL RAHMAN
Yang Dipertua PAS
Kawasan Masjid Tanah


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)