Home Artikel PAS Perak

Kunjungan Hormat Ke Pejabat Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi | YB Akmal Kamarudin

251
SHARE
Kunjungan hormat kami ke pejabat YB HAJI AHMAD AMZAD BIN MOHAMED @ HASHIM, Timbalan Menteri Sains,Teknologi Dan Inovasi di MOSTI.
Pelbagai perkara yang dibincangkan termasuklah berkaitan kerjasama dua hala di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang boleh dimanfaatkan dalam pertemuan ini.
Pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sentiasa mengalu-alukan kolaborasi pelbagai kajian dan hasil untuk dikomersialkan.
YB Timbalan Menteri turut mempromosi tawaran-tawaran yang disediakan oleh agensi-agensi di bawah MOSTI untuk anak tempatan khususnya di Negeri Perak bagi mengembangkan hasil usaha mereka terutama berkaitan sains dan teknologi.
Banyak lagi perkara turut dibincangkan berkaitan perkembangan isu semasa seperti langkah kerajaan menangani pandemik Covid-19 dan perkembangan politik semasa.
Semoga ini menjadi satu titik tolak baru yang positif serta dapat mengeratkan hubungan sesama kami.
Kami turut mempelawa YB Timbalan Menteri untuk berkunjung ke Perak. Terima kasih YB.