Home Artikel PAS Melaka

Almarhum Haji Abdullah telah kembali ke rahmatullah -Ustaz Bilal

444
SHARE

Oleh : Siti Hajar

HANG TUAH JAYA, 11 Okt : Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Ahmad Bilal Rahudin memaklumkan bahawa Bendahari PAS Cawangan Serkam Pantai, Abdullah Mat telah kembali ke rahmatullah subuh tadi.

Beliau yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin menyatakan demikian dalam satu hantaran Facebook beliau pagi tadi.

Beliau juga meminta semua pihak untuk sama-sama membacakan surah Al Fatihah serta mendoakan untuk Almarhum.

“Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh serta para-para syuhada yang berjuang di jalan Allah. Amin.

“Beliau yang juga merupakan pencadang saya semasa menjadi calon PRU14 lalu.” kata beliau di dalam hantaran Facebooknya itu.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)