Home Artikel PAS Wilayah

Ziarah Tautan Kasih Balu Pengedar Harakah

481
SHARE

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat melalui Skuad Prihatin bersama Tuan Haji Baker Sidek Pengerusi Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan serta Ustaz Haji Md Ali Jamil Ketua Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan disambut oleh Sdr Wan Mustapha Bin Wan Abdul Razak Ketua Lajnah Kebajikan dan Tuan Haji Ahmad Bin Sathola Khan Pengerusi Assabiqun PAS Kawasan Lembah Pantai bagi menziarahi balu Allahyarham Yang Mulia Raja Anuar Bin Raja Ahmad iaitu Hajah Siti Khadijah Binti Sulaiman di kediaman beliau Kampung Pasir Baru Petaling Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2020

Turut menyerikan Tautan Kasih adalah dengan kehadiran LAr Haji Fauzi Bin Abu Bakar Penolong Bendahari II PAS Pusat.

Majlis dimulai dengan suai kenal dan bual bicara perjalanan hidup Allahyarham dan turut diadakan Tahlil Arwah dan Doa yang dipimpin oleh Ketua Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan.

Penulis menghayati bait-bait Doa yang dipohonkan dengan penuh kesyahduan sehingga melihat anak-anak Allahyarham dan semua mengamimkan doa sambil mengalirkan air mata. (terasa hiba dan sedih..)

Di antara titipan Doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT :

اللهم اجعل قبره روضۃ من رياض الجنۃ.

“Wahai Allah ! Jadikanlah kuburnya sebuah taman daripada taman-taman syurga yang indah”

ولاتجعل قبره حفرۃ من حفر النيران

“dan janganlah Engkau jadikan kuburnya sebuah jurang (lubang yang dalam) daripada jurang-jurang neraka yang mengerikan”.

Wahai Allah ! Jadikanlah anak, cucu Allahyarham Raja Anuar sebagi pejuang jemaah Parti Islam Semalaysia PAS bagi mengantikan perjuangan yang ditinggalkannya.

Dikesempatan ini Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan serta Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan dan Assabiqun PAS Kawasan Lembah Pantai menyampaikan sumbangan kewangan bagi menzahirkan penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga atas sumbangan bakti Allahyarham sewaktu hayatnya.

Penulis melihat bahawa inilah keindahan Islam apabila ramai pimpinan PAS menziarahi keluarga Allahyarham sebagai penghormatan terakhir terdahulu Dr Azahar Bin Yaakob Yang Dipertua PAS Kawasan Lembah Pantai turut sama berkesempatan menziarahinya.

Penulis adalah merupakan Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Lembah Pantai merangkap Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan