Home Berita PAS Melaka

Covid-19 : Satu kes baharu Melaka hari ini

1372
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 5 Okt : Laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sebentar tadi melaporkan satu kes baharu telah direkodkan di negeri ini hari ini.

Mengikut Jabatan Kesihatan Melaka kes dikesan di Daerah Alor Gajah dan dikategorikan sebagai kes import B iaitu mereka yang baru pulang dari kawasan berisiko (Sabah).

Dengan pertambahan ini menjadikan kes aktif Covid-19 Negeri Melaka adalah sebanyak lima kes.

Kali terakhir Melaka merekodkan kes baharu ialah pada 1 Oktober lepas yang melibatkan seorang ahli politik yang baru pulang dari Sabah.

Secara keseluruhan sebanyak 432 kes baharu direkodkan di seluruh Malaysia hari ini dengan 429 daripadanya adalah melibatkan kes penularan tempatan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)