Home Berita PAS Pahang

Peniaga sayur dapat manfaat SkimPAS

841
SHARE

5 Oktober 2020/17 Safar 1442H
Penulis: Mohammad Khairul Izwan bin Ghazali

Kuala Rompin:: PAS Kawasan Rompin telah menyampaikan manfaat SkimPAS kepada Abdul Razak bin Abdul Rahman iaitu suami kepada Allahyarhamah Sarina Binti Idris sebanyak RM 10,000 di Pasar Besar Kuala Rompin.

Penyerahan replika cek SKIMPAS disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Rompin, Ustaz Nazri bin Haji Ahmad Al-Hafiz dengan diiringi Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Rompin, Ramli bin Awang Ahmat dan Setiausaha PAS DUN Tioman, Haji Abdul Aziz bin Abd Hamid.

Encik Abdul Razak adalah peniaga sayur di pasar Kuala Rompin. Semoga dengan manfaat ini dapat meringankan beban beliau menguruskan keluarga.

PAS Kawasan Rompin melalui Lajnah Kebajikan juga berjaya mendaftar 9 pencarum baru pada hari ini dalam Kempen mencarum bersama SkimPAS.

Setiap ahli PAS di galakkan untuk mendaftar bersama SkimPAS yang mempunyai banyak manfaat buat ahli terutama petugas Parti.

Ahli PAS dan petugas parti di Kawasan Rompin boleh menghubungi Tuan Ramli Awang Ahmat bernombor telefon 013-977 3800 dan saudara Ridwan, 014-513 4819 untuk mencarum bersama SkimPAS.