Home Artikel PAS Perak

Pengalaman Veteran, Pemangkin Semangat Generasi Muda | Ketua Pemuda PAS Perak

225
SHARE

BERSAMA BRIGEDIER JENERAL PANGLIMA 2 BRIGED DI DALAM MAJLIS PERASMIAN TABUNG HARI PAHLAWAN PERINGKAT NEGERI PERAK.

IPOH – 29 September 2020.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Negeri Perak diwakili Pegawai Khas, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Kutipan Tabung Pahlawan Peringkat Negeri Perak.

YB Haji Razman menitipkan pesanan melalui Ustaz Ahmad Faisal mengenai mutakhir ini semangat patriotik dan cinta negara telah luntur. Semangat cinta akan negara ini perlu disemai bersama seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

Kita tidak boleh menafikan kependudukan negara kita adalah masyarakat majmuk. Kita wajib menerima kaum lain seperti Cina dan India adalah sebahagian dpd kita dan rakyat Malaysia.

Veteran dan Pahlawan adalah aset negara. Walaupun sudah bersara, namun jasa dan pengalaman itu perlu diperturunkan kepada anak- anak muda.

Pengalaman pihak Veteran dalam mempertahankan anak bangsa dan tanah air ini perlu diketengahkan agar ianya dapat membina masyarakat dan rakyat negara kita agar sama-sama libatkan diri walaupun bukan sebagai tentera, namun sebagai rakyat yang mempunyai kebertanggungjawaban dalam membina negara, bersama dalam mendidik masyarakat ke arah pembentukkan masyarakat sivil.

Turut hadir bersama ialah Brigedier Malik Razak Bin Sulaiman Panglima 2 Briged Infantri Malaysia dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Cawangan Perak, Mejar Hassanudin Othman.

Image may contain: one or more people and people standingImage may contain: 3 people