Home Artikel PAS Pahang

Usrah Gabungan Guru PASTI seluruh DUN Tioman membentuk sahsiah

338
SHARE

29 September 2020/12 Safar 1442H
Kuala Rompin, Rompin
Penulis: Khairul Nizam Mi

Guru- Guru PASTI sekitar DUN Tioman telah mengadakan Usrah Gabungan peringkat DUN dan mengumpulkan kira kira 20 orang guru dalam usaha meningkatkan kefahaman serta sahsiah.

Usrah Gabungan ini diadakan di PASTI At Taqwa, Sungai Puteri dan menjemput Ustazah Mashitah sebagai Naqibah.

Turut hadir memberikan kata aluan adalah Tuan Haji Abdul Aziz selaku Setiausaha PAS DUN Tioman.

“Usrah Gabungan ini sangat penting kepada guru PASTI dalam usaha menambah kefahaman, membina siasah dan membantu menjaga imej Parti Islam. Guru PASTI juga mesti bekerja menangkan parti dalam gerak kerja pilihanraya ke 15 nanti” Kata Haji Abdul Aziz dalam ucapannya.

Guru- guru PASTI mengharapkan Usrah Gabungan ini dapat diadakan secara berkala.