Home Artikel PAS Melaka

Allahyarham Samsuddin pejuang istiqamah sejak muda – Ustaz Imran

2165
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 28 Sept : Allahyarham Samsuddin Jonet, 61, yang meninggal dunia semalam selepas beberapa hari diserang strok disifatkan sebagai seorang pejuang PAS yang istiqamah sejak muda lagi.

Malah, Allahyarham Samsuddin yang sejak muda sering berserban dan kerap mengikuti program agama sehingga beliau lebih dikenali sebagai ‘lebai‘ (ustaz) di kalangan rakan-rakan.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman, Allahyarham Samsuddin adalah seorang yang sentiasa ringan tulang membantu aktiviti yang dianjurkan PAS Kawasan Masjid Tanah.

“Walau pun Allahyarham Samsuddin ni tinggal di Negeri Sembilan namun beliau kerap pulang ke kampung. Dan bila beliau pulang pasti beliau akan menyertai aktiviti di Markaz PAS Hujan Panas.

“Allahyarham ni akan menghadiri kuliah haraki yang kita buat di markaz kawasan setiap hari Sabtu. Allahyarham juga pasti akan menjadi antara tenaga paling penting membantu program korban yang kita buat di markaz setiap tahun.” ujar beliau.

Ustaz Imran yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah itu sempat menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Samsuddin yang kini menetap Persada Damai, di Bandar Enstek Negeri Sembilan, petang semalam.

Allahyarham Samsuddin menghembuskan nafas terakhir pada 2.55 petang semalam selepas mula diserang strok pada Selasa malam 22 September lepas ketika sedang solat sunat sebelum Isyak di Surau Al Hidayah Persada Damai.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)