Home Artikel PAS Melaka

‘Bakal PM ke-9’ dimalukan di Sabah – Ustaz Imran

1430
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 28 Sept : Bakal PM ke-9 yang diwar-warkan oleh Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim telah dimalukan oleh rakyat Sabah dalam pilihanraya negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

Ini adalah kerana PKR hanya memenangi dua sahaja daripada tujuh kerusi yang ditandingi parti itu di dalam PRN Sabah baru-baru ini.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya-2 (TPJ-2) PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman, ini adalah sesuatu yang memalukan Anwar yang baru-baru ini mengaku memiliki sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

“Dua kerusi sahaja menang. Bertanding tujuh kerusi. Separuh pun tak sampai yang berjaya dimenangi. Pada hal mereka kata Sabah kubu kuat PH-PKR. Tapi itu pun tak boleh dapat sekurang-kurangnya lebih separuh dari kerusi yang mereka bertanding.

“Jadi bila dah jadi macam ni siapa yang nak percaya yang Anwar memang ada Ahli Parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan? Ini semua muslihat murahan Anwar.” Ujar beliau.

Tambah beliau lagi kerajaan PN dan MN akan terus kukuh dan beliau turut yakin bahawa kerajaan MN dan PN akan membentuk satu kerajaan yang kuat selepas berlangsung PRU15 nanti.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) sebentar tadi.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)