Home Artikel PAS Pahang

Buat semua warga Media PAS Pahang

545
SHARE

Assalaamu’alaikum,

Umat ini dimuliakan Allah dengan dakwah. Dakwah Islamiyah memerlukan medan dan perkakasan (tools).

Media adalah salah satu alat dan medan Dakwah Islamiyah.

Manusia hari ini hidup dengan media, marah dan gembira disebabkan paparan media. Bergaduh kerana media. Bermuafakat juga dengan peranan media.

Media berperanan mewujudkan keamanan dan mengakibatkan peperangan dan perbalahan.

Media mendatangkan pahala. Media juga menggarap dosa.

Kita mengimpikan media yang berperanan mendorong manusia memahami Islam. Menggalakkan orang ramai menyokong perjuangan Islam.

Menggembirakan manusia dengan kebaikan Islam. Menampak-burukkan kekufuran, kezaliman dan kejahatan.

PAS Pahang menyediakan medan dakwah Islamiyah yang cukup luas utk warga media.

Sama ada anda cenderung kepada pemberitaan, penulisan, penggambaran, videografi, editing, atau apa sahaja, anda sudah mula melangkah ke alam dakwah dengan segunung harapan untuk melihat Islam itu tinggi dan ditinggikan.

Selamat berjuang
ARIS HAZLAN ISMAIL
Ketua Penerangan
DUP Pahang