Home Berita PAS Melaka

Gerak kerja pilihanraya, gerak kerja ‘makruf akbar.’- Noraini Hussin

863
SHARE

Oleh : Ibnatdeen

TANGGA BATU, 27 Sept – Gerak kerja pilihanraya adalah gerak kerja ‘makruf akbar’ (kebaikan yang besar) justeru jentera muslimat perlu fokus terhadap tujuan pilihanraya dan menambahbaik gerak kerja di lapangan.

Demikian dinyatakan Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Malaysia, Noraini Hussin di hadapan jentera pilihanraya muslimat dalam majlis pelancaran Jentera Pilihanraya Muslimat PAS Negeri Melaka yang berlangsung di Dewan Darul Ta’alim Sungai Udang, di sini pagi tadi.

Beliau menegaskan bahawa gerak kerja pilihanraya adalah gerak kerja untuk mendapatkan kuasa bagi menegakkan syariat Allah SWT.

“Makruf akbar adalah memastikan agama Allah SWT dapat ditegakkan dan dipraktikkan keseluruhannya” ujar beliau.

Tambah Noraini, Malaysia pernah diperintah Pakatan Harapan yang menyaksikan pelbagai ‘serangan’ dilakukan terhadap umat Islam dan institusi umat Islam.

“Gerakan liberal, feminisme, misionari diberi tempat untuk mempromosi dakyah gerakan mereka. Individu-individu liberal turut diangkat menjadi ikon bagi masyarakat umum.” ujar beliau.

Jelasnya lagi, rakyat Malaysia khususnya golongan anak muda dipengaruhi dengan slogan kebebasan, agar hati mereka lunak untuk memilih mereka ini dalam pemilihan yang akan datang.

Beliau menyifatkan perkara tersebut sebagai kemungkaran besar yang tidak boleh dibiarkan berlaku.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)