Home Kenyataan Media PAS Melaka

PRN Sabah – Kenyataan media Pesuruhjaya PAS Melaka

519
SHARE

ALHAMDULILLAH, mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, saya merakamkan ucapan tahniah kepada Perikatan Nasional (PN), BN & PBS – GRS di atas kemenangan majoriti yang tinggi dalam PRN kali ini.

Inilah gabungan terbaik rakyat Sabah, yang selepas ini akan memimpin Negeri Sabah dengan lebih baik.

Tahniah kepada semua jentera parti GRS yang tidak putus-putus dan bersemangat untuk memenangkan kumpulan ini.

Tahniah juga petugas-petugas PAS di Sabah dan seluruh negeri yang turun berkempen.

Moga kemenangan ini menjadi penguat perpaduan rakyat Malaysia lagi utuh dan rakyat Sabah hidup lebih sejahtera!

ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN

USTAZ KAMARUDIN HJ SIDEK
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)