Home Berita PAS Melaka

Tazkirah : Pesanan Abi… Bila HATI ada rasa resah dan gelisah …

1942
SHARE

Oleh : Abi Mukhtar

Ibn ‘Athaillah as-Sakandari menyampaikan kalam hikmah dalam kitabnya Al-Hikam bahwa,

من علامات موت القلب عدم الحزن على ما فاتك من الموافقات وترك الندم علي ما فعلته من وجود الزلات

“Termasuk tanda-tanda matinya hati adalah tidak merasa gelisah atas ibadah yang tertinggal tidak terlaksanakan dan tidak menyesal atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan.”

Kedua-dua tanda tersebut menunjukkan bahawa tidak adanya nilai-nilai keimanan yang tertanam kukuh dalam hatinya.

Hati yang ada keimanan tidak akan merasa senang dengan keburukan, kejahatan dan kederhakaan.

وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُولَـٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ ﴿الحجرات: ٧﴾

Tetapi Allah menjadikan kamu “cinta” kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kederhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,

Al Hujurat : 7

وَمَنْ سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فَهُوَ مُؤْمِنٌ

Maka barangsiapa yang merasa senang dengan kebaikannya dan sedih dengan keburukannya maka dia adalah seorang yang mukmin.”

HR Ahmad, 109

Daripada Ibn Mas’ud apa yang diriwayatkan oleh Bukhari, ia telah berkata :

إن المؤمن يرى ذنوبه كأنه قاعد تحت جبل يخاف أن يقع عليه, وإن الفاجر يرى ذنوبه كذباب مر على أنفه فقال به هكذا فذبه عنه.

Dosa dilihat oleh seorang yang beriman bagaikan bukit yang besar yang dibimbangi akan menghempap dirinya. Namun bagi seorang fajir ( pendosa ) dosa hanya bagaikan lalat kecil yang kecil yang hinggap di batang hidungnya lalu ia menepis-nepis..

عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ النَّاسُ عَلَيْهِ

Dari Nawwas bin Sam’an Al Anshari, bahawa ia pernah bertanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tentang kebaikan dan dosa.
Sabdanya,

“Sesungguhnya kebaikan itu adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa itu adalah apa yang menggelisahkan hatimu dan kamu benci jika manusia mengetahuinya.”

(HR Ahmad No: 16975)

Justeru, jangan sampai HATI mu suka dan cenderung dengan keburukan dan dosa kerana itu adalah petanda besar NAFSU sudah menguasai HATI mu…

Penulis adalah pendakwah bebas dan aktif berdakwah di media sosial.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)