Home Artikel PAS Melaka

PAS-UMNO Parlimen HTJ sambut ulangtahun pertama MN

384
SHARE

Oleh : Siti Hajar

HANG TUAH JAYA, 25 Sept: PAS Kawasan Hang Tuah Jaya dengan kerjasama UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya telah menganjurkan Majlis Sambutan Ulangtahun Pertama Muafakat Nasional (MN) Peringkat Parlimen di Dewan Raja Haji, di sini semalam.

Majlis yang disambut bersempena pengisian malam Jumaat yang berkat itu turut diserikan dengan ucapan oleh pimpinan peringkat parlimen kedua-dua parti iaitu Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Hang Tuah Jaya, Haji Ramli Dalip dan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Suasana sayu menyelubungi para hadirin saat mereka melaksanakan solat hajat mendoakan kesejahteraan negara, perpaduan Muafakat Nasional dan kesihatan Yang Dipertuan Agong yang kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Majlis ditutup dengan pengisian rohani berbentuk tazkirah oleh wakil Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka dan berakhir kira-kira jam 10.30 malam.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)