Home Artikel PAS Melaka

Tazkirah : Tidur satu tazkirah tentang kematian 

310
SHARE

Tazkirah oleh : Abi Mukhtar

DALAM kehidupan di dunia, setiap hari dan setiap malam manusia tidur, bukanlah semata-mata untuk kerehatan. Namun ianya juga mengingatkan manusia peristiwa kematian yang pasti dilalui oleh setiap yang bernyawa.

اللَّـهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٤٢﴾

Allah (Yang menguasai segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

Tidur adalah saudara kepada kematian ketika di dunia. Di akhirat nanti, sudah tidak ada lagi kematian.

أخرج البزار والطبراني في الأوسط وابن مردويه والبيهقي في “البعث” بسند صحيح كما قال السيوطي عن جابر رضي الله عنه قال: قيل: يا رسول الله أينام أهل الجنة؟ قال: لا النوم أخو الموت، وأهل الجنة لا يموتون ولا ينامون.

Hadis dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Thabarani ( Al Aswath ), dan Ibnu Mardawih dan Al Baihaqi ( Al Ba’ts ) dengan sanad yang sahih sebagaimana yang disebut oleh As Sayuthi daripada Jabir RA berkata:

Ditanyai ( oleh seseorang ) : ” Wahai Rasul Allah adakah ahli syurga itu tidur? “. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab : ” Tidak. Tidur itu saudara kematian, dan ahli syurga itu tidak akan mati dan tidak tidur “.

Dalam sebuah hadis yang lain,

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاءُ بِالْمَوْتِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُ كَبْشٌ أَمْلَحُ زَادَ أَبُو كُرَيْبٍ فَيُوقَفُ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ وَاتَّفَقَا فِي بَاقِي الْحَدِيثِ فَيُقَالُ يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ هَلْ تَعْرِفُونَ هَذَا فَيَشْرَئِبُّونَ وَيَنْظُرُونَ وَيَقُولُونَ نَعَمْ هَذَا الْمَوْتُ قَالَ وَيُقَالُ يَا أَهْلَ النَّارِ هَلْ تَعْرِفُونَ هَذَا قَالَ فَيَشْرَئِبُّونَ وَيَنْظُرُونَ وَيَقُولُونَ نَعَمْ هَذَا الْمَوْتُ قَالَ فَيُؤْمَرُ بِهِ فَيُذْبَحُ قَالَ ثُمَّ يُقَالُ يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ خُلُودٌ فَلَا مَوْتَ وَيَا أَهْلَ النَّارِ خُلُودٌ فَلَا مَوْتَ قَالَ ثُمَّ قَرَأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

{ وَأَنْذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ }

وَأَشَارَ بِيَدِهِ إِلَى الدُّنْيَا.

Dari Abu Sa’id, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
‘Dibawa datang kematian pada hari kiamat berupa kibasy yang berkulit hitam putih. Lalu diletakkan di antara syurga dan neraka. Lalu diseru “Wahai ahli syurga, adakah kamu kenal siapakah ini?” Lalu ahli menengok dan melihat lalu menjawab : “ Ya kami kenal inilah kematian”. Lalu diseru pula kepada ahli neraka : “Wahai ahli neraka kamu kenalkah ini?” Mereka semua menengok dan melihat lalu menjawab “Ya kami kenal inilah al maut”. Berkata Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ; “Lalu diperintahkan kematian itu disembelih”. Kemudiaan diseru : ‘Wahai ahli syurga kekallah kamu semua dan tiada lagi kematian.“ Lalu diseru pula kepada ahli neraka : “Kekallah kamu semua dan tiada lagi kematian”. Lalu Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ayat dari surah Maryam yang bermaksud :

“Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (yaitu) ketika segala perkara telah diputus dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak (pula) beriman”

(Maryam: 39)

Lalu baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengisyaratkan dengan tangannya pada dunia.

( Riwayat Muslim, 5087)

Justeru, setiap kali dapat mencelikkan mata di pagi, maka celikkanlah juga mata hati agar dapat mensyukuri nikmat kehidupan selama mana masih dapat hidup di dunia dengan kesyukuran dan pengabdian diri hanya kepadaNYA.

Penulis adalah pendakwah bebas dan aktif berdakwah di media sosial


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)