Home Artikel PAS Pahang

Jentera PAS Raub siap siaga bertempur

675
SHARE

Raub, 24 September : PAS Kawasan Raub hari ini telah berjaya melancarkan Jentera Pilihanraya bagi Parlimen Raub sebagai memberi signal yang jelas kesediaan mereka untuk bertempur di Parlimen Raub bagi menggantikan penyandangnya sekarang ialah Tengku Zulpuri bin Raja Puji yang mewakili DAP.Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh YB.Ustaz Rosli Abd Jabar , Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Lumpur.

Bagi rakyat raub, Tindak tanduk DAP khasnya di parlimen Raub adalah sangat melampau dan keterlaluan apabila Ahli Dewan Negeri Tras (ADN Tras) yang telah mencabar tulisan jawi di Mahkamah Kuantan dengan menamakan Majis Daerah Raub sebagai Responden Pertama dan diikuti dengan Kerajaan Negeri Pahang.

YB.Ustaz Rosli di dalam ucapan perasmiannya yang dihadiri Jentera PAS Parlimen Raub mencecah 200 orang memetik sebagai berkata bahawa kita mesti mempersiapkan jentera untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila.masa sahaja.Namun, di penghujungnya mestilah kita menyerahkan kebijaksanaan pucuk kepimpinan PAS Pusat yang berautoriti untuk memutuskan, sementelah kita berada dalam Muafakat Nasional.Namun, Kesiap siagaan mestilah ada.

Pelancaran Jentera PAS bagi P.080 dijalankan sebaik sahaja selesai Ijtimak Tarbawi yang merupakan Program Tarbiah Bulanan PAS Kawasan Raub.Majlis Pelancaran Jentera PRU 15 ini diserikan lagi dengan persembahan Silat daripada Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi,Raub & Pasukan Kelab Sukan Bermotor “Alternative Riding Club(ARC) Raub, serta Pasukan keselamatan yang mendapat jolokan sebagai tentera merah iaitu Jabatan Amal Malaysia Kawasan Raub.

Selain dari pelancaran Jentera PRU 15 & Ijtimak Tarbawi ini, PAS Raub mengambil peluang untuk menunaikan solat hajat perdana bagi mendoakan kesembuhan & keafiatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia,Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung yang sedang gering ketika ini, sebagai sembah takzim dan menjunjung kasih buat baginda.