Home Berita PAS Melaka

Pemukiman JAM Melaka 2.0 di Port Dickson

621
SHARE

Oleh : Abu Hadif

PORT DICKSON, 21 Sept : Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Melaka telah menganjurkan program Pemukiman Halatuju JAM Melaka 2.0 selama dua hari satu malam yang berlangsung di Markas PAS Teluk Kemang, Port Dickson dan berakhir pada petang semalam.

Pengarah Program, Muhamad Sabqi Abdul Samad berkata program ini yang bermula pada pagi Sabtu kelmarin diadakan antaranya bertujuan untuk membincangkan secara terperinci gerak kerja halatuju JAM Melaka dalam rangka masa sehingga akhir tahun 2021.

Menurut Muhamad Sabqi lagi, ia juga bertujuan untuk meningkatkan ukhuwah serta menonjolkan kekuatan semangat anggota JAM Melaka melalui modul-modul pembinaan diri dan berpasukan yang dijalankan.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana program ini mendapat sambutan dengan penyertaan daripada wakil-wakil JAM kawasan-kawasan di seluruh Melaka yang terdiri dari kawasan Kota Melaka, Masjid Tanah, Hang Tuah Jaya, Tangga Batu dan Jasin.

Selain disertai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Kerja JAM Melaka, program ini juga dihadiri oleh anggota Amal Kelana.

Program yang berlatarkan pemandangan tepi pantai ini juga diselangi dengan pelbagai aktiviti lain seperti permainan, tazkirah, pertandingan memancing dan pelbagai lagi aktiviti yang berorientasikan semangat berpasukan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)