Home Artikel PAS Melaka

AMAL Tangga Batu sertai Pemukiman JAM Melaka 2.0

290
SHARE

Oleh : Abu Hadif

PORT DICKSON, 21 Sept : Anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Tangga Batu tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai program Pemukiman JAM Melaka 2.0 yang telah diadakan di Markas PAS Teluk Kemang, Port Dickson yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu lepas.

Komandan JAM Tangga Batu, Omar Muallim Taib memberitahu seramai lapan orang daripada pasukannya termasuk beliau sendiri telah bersiap sejak awal pagi dan bergerak bersama-sama menaiki kereta untuk menghadiri program tersebut.

Tambah beliau lagi, apa yang menarik pada kali ini salah seorang anggota Amal Kelana dari Pasukan JAM Tangga Batu, Ishak Md Dahan atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Syeikh’ telah diberi peranan sebagai tukang masak sepanjang program tersebut berjalan.

Omar menambah, program sebegini perlu untuk disertai oleh mana-mana ahli JAM sebagai usaha memperkemas susun atur gerakerja JAM di peringkat kawasan dan menguatkan daya fikir kepimpinan melalui latihan, bengkel serta aktiviti yang dijalankan.

Beliau turut menyatakan kesediaan pasukannya untuk menyahut seruan dan menyertai mana-mana program atau aktiviti yang dianjurkan di semua peringkat samada kawasan atau negeri sebagai tanda kebersamaan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)