Home Artikel PAS Selangor

Ride Kebajikan Ke Pondok Baitul Quro’ Melaka – “Deruman ARC” | Alternative Riding Club (ARC) Negeri Selangor

336
SHARE

Oleh : ARC Kawasan Gombak

Gombak, Selangor | 21 September 2020

Hasrat ARC Gombak ride ke pondok Baitul Quro’ telah direalisasikan dengan baik. ARC Gombak dengan jayanya telah melaksanakan satu program Ride Kebajikan ke Pondok Baitul Quro’ di Sg Udang, Melaka.

Ride dimulakan dengan perasmian oleh Ustaz Hasbullah Ridzwan Timbalan YDP PAS Kawasan Gombak di Petron Bukit Antarabagsa.

Rombongan ARC Gombak selamat tiba di pondok pada jam 10.40 dengan diiringi oleh Ustaz Muzammil Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS kawasan Tangga Batu. Setelah itu rombongan disambut baik oleh pihak Pondok iaitu Tuan Guru Ustaz Zulkifli sendiri. Program diteruskan dengan Kuliah Dhuha.

Seterusnya, solat jamak qasar Zohor dan Asar diikuti dengan pemberian sumbangan dari pihak ARC Gombak untuk diserahkan kepada Pondok Baitul Quro’. Rombongan juga berpeluang untuk beramah mesra, bergambar dan ada yang mengambil peluang keemasan untuk mendegar nasihat dari Tuan Guru dan setelah itu bersurai.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat khususnya Pondok Baitul Quro’ dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tangga Batu.

Mudah-mudahan ukhwah ini berkekalan. Sirru A’laa Barakatillah

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor