Home Artikel PAS Melaka

TKP PAS Tangga Batu sambut deruman ARC Gombak

265
SHARE

Oleh : Abu Hadif

TANGGA BATU, 21 Sept : Timbalan Ketua Pemuda (TKP) PAS Tangga Batu, Ahmad Muzammil Hairi menyambut ketibaan deruman konvoi bermotosikal oleh kumpulan Alternative Riding Club (ARC) Gombak di Tol Ayer Keroh semalam seterusnya memimpin rombongan tersebut menuju ke Sungai Udang.

Muzammil juga mengambil kesempatan berkenalan, bermesra dan bergambar dengan anggota konvoi sebaik tiba di dataran parkir Pondok Baitul Quro’ Sungai Udang, di sini semalam serta menyerahkan cenderamata tanda terima kasih atas kunjungan yang diberi.

Rombongan ini juga sempat mendengar kuliah pengajian kitab Nurul Ehsan yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka Tuan Guru Zulkifli Ismail yang juga merupakan mudir Pondok Baitul Quro’ ini.

Sementara itu Ketua ARC Gombak, Muhd Syahmin Suratman yang mengetuai rombongan itu berkata konvoi bermotosikal sebanyak 45 buah pelbagai kuasa ini bermula pagi semalam dari Gombak menuju ke Melaka dalam rangka program “Ride ke Melaka“.

Tambah Syahmin lagi, salah satu agenda mereka adalah untuk berkunjung menziarahi Pondok Baitul Quro’ dan seterusnya akan berukhuwah santai sesama anggota konvoi berjalan di sekitar Melaka.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)