Home Artikel PAS Perlis

JAMNPs Anjur Program Derma Darah Secara Berkala

223
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

KANGAR : Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis (JAMNPs) sekali lagi menganjurkan program derma darah dengan kerjasama Unit Transfusi Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pada 19 September lalu.

Seramai 25 orang penderma telah tampil menderma darah pada program kali ini.

Menurut Pengarah JAMNPs Amirul Jufri Mat Saman, penganjuran program berkenaan sebagai menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya masyarakat tampil menderma darah bagi membantu mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di hospital-hospital di seluruh negara.

“JAMNPs akan terus mempergiat usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya darah yang didermakan, terutamanya dalam membantu menyelamatkan nyawa seseorang.

“Insya Allah, kami merancang untuk meneruskan program derma darah seperti ini secara berkala iaitu 3 bulan sekali,” katanya ketika ditemui di sini.

Turut hadir pada program berkenaan ialah Pengerusi PAPISMA Perlis Dr Wan Mohd Wan Mohd Redzuan.