Oleh : Abu Hadif
TELUK KEMANG, 21 Sept : “Melihat kepada gabungan tenaga dan kepakaran dari pelbagai profesion dan akademik dalam barisan kepimpinan Amal Melaka yang sedia ada ini, saya yakin dan optimis segala yang dirancangkan ini akan dapat dilaksanakan secara tersusun dengan jayanya hasil dukungan semua anggota” kata Pengarah Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Melaka, Abdel Wahab Taib.
Beliau berkata demikian ketika mengulas program Retreat Halatuju JAM Negeri Melaka 2.0 yang diadakan di Markas PAS Teluk Kemang Port Dickson, di sini semalam.
Wahab turut yakin dengan penyusunan gerak kerja yang diperkemas ini dapat melicinkan lagi pergerakan JAM Melaka dari pimpinan tertinggi hingga ke anggota biasa, seterusnya meningkatkan imej JAM di mata masyarakat.
Beliau juga berharap semua anggota JAM Melaka dapat memberikan komitmen sepenuhnya menjayakan visi dan misi hasil daripada program retreat hari ini.
“Nahnu Ansorullah (Kami pembantu Agama Allah)” lafaz beliau mengakhiri ulasannya
Program yang berlangsung selama dua hari satu malam bermula pada pagi Sabtu kelmarin dan berakhir pada petang semalam ini dihadiri oleh barisan Ahli Lembaga Pengarah, Komandan dan anggota JAM Negeri Melaka dari setiap kawasan dalam Negeri Melaka.