Home Artikel PAS Melaka

PAS-Umno Dun Duyong Perkukuh Perpaduan Muafakat Nasional

382
SHARE

Oleh : Shawal Ahmad

KOTA MELAKA, 18 Sept: PAS dan Umno Dun Duyong sepakat bahawa memperkukuh serta meletakkan kepentingan Islam dan bangsa mesti menjadi penegasan Muafakat Nasional.

Pengarah JPRD PAS Dun Duyong, Othman Abdullah memperingatkan ahli kedua parti agar mengenepikan segala kekurangan yang ada di pihak Umno mahupun PAS dan memberikan fokus kepada perkara yang lebih utama iaitu memperkukuhkan muafakat yang telah dimaterai.

Perkara tersebut dinyatakan beliau dalam pertemuan mahabbah pimpinan PAS dan Umno yang telah berlangsung di Japerun Dun Duyong, Melaka, di sini Selasa lepas.

Pertemuan bersejarah ini telah membincangkan kerjasama lebih erat selaras kehendak PAS dan Umno di peringkat nasional dan negeri.

“Semua ahli diseru untuk memperkasakan Muafakat Nasional dengan mengadakan program-program secara berkala bersama rakan kerjasama terutamanya UMNO.” ujar beliau.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)