Home Artikel PAS Selangor

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor | Ustaz Shafie Bin Ngah – Program Anda Di Hati Kami (ADHK) Masuk Tahun ke-7.

226
SHARE

Program kebajikan ini sudah menyentuh ratusan orang – warga emas, ibu tunggal, OKU dan asnaf. Pelbagai bentuk sumbangan sudah berjaya disampaikan, terus kepada mereka yang memerlukan. Ada kalanya sumbangan diberikan secara ‘one off’ seperti wang tunai dan barangan dapur, ada kalanya diberi secara berkala seperti lampin dewasa ‘pakai buang’ dan ada kalanya diberi pinjam selagi mana ianya boleh diguna seperti kerusi roda dan katil. Alhamdulillah.

Aktiviti secara bersama ini (lajnah kebajikan dari setiap sayap parti dengan cawangan-cawangan di lokaliti) adalah salah satu aktiviti utama PAS Kawasan Bangi (dulunya, Serdang).

Malam tadi, ADHK singgah di Kg. Sungai Ramal Dalam (dalam DUN Sg Ramal & Parlimen Bangi), menyerahkan satu set katil kpd warga emas Hjh Harbaiyah Bt Hj Abd Rafar ( 78 thn ). Beliau patah kaki akibat jatuh di bilik air.

Tahniah & terima kasih PAS Cawangan Sg. Ramal.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor