Home Artikel PAS Melaka

APSA Melaka kini punya premis sendiri.

559
SHARE

Oleh : Siti Salwani Kassim

HANG TUAH JAYA,18 Sept : Senyum puas terukir di wajah-wajah muslimat bila usaha mengumpul dana berhasil membeli sebuah ruang pejabat berharga RM140 ribu di Ayer Keroh yang akan digunakan untuk pengajian Akademi Pengajian Sayyidatina Aisyah (APSA) dan program-program di bawah seliaan Dewan Muslimat Negeri Melaka (DMPNM).

Ketua Muslimat PAS Melaka, Aziah Saad bersama-sama dengan beberapa orang penyumbang dana infaq untuk membeli premis tersebut telah melakukan lawatan untuk meninjau premis itu seusai program ‘Gelombang Akifi’ DMPNM di sini petang semalam.

Aziah yang juga merupakan Pengarah APSA Melaka berkata Naqibat Pelatih memerlukan bilik yang selesa untuk belajar kerana kuliah APSA telah berjalan sejak Ogos 2019 dan APSA akan membuat pengambilan kedua pelatih untuk tahun ini.

“Penubuhan APSA Melaka ialah arahan daripada Dewan Muslimat Pas Pusat agar setiap negeri memiliki pusat pengajian sendiri dan seruan ini telah disambut baik oleh Dewan Muslimat Pas Melaka.

“APSA menawarkan kursus latihan
secara khusus dan berterusan kepada naqibat dan bakal naqibat bertaraf diploma bagi memberikan lonjakan dalam pembudayaan ilmu dan aspek pentarbiyyahan dalaman para muslimat seterusnya membentuk sifat dan ketrampilan muslimat sebagai pemimpin organisasi dan masyarakat” tambahnya.

Beliau juga mengalu-alukan individu serta NGO yang ingin menyumbang kerana premis itu masih memerlukan kira-kira RM60 ribu untuk ubahsuai dan pembelian barang-barang keperluan pembelajaran.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam,atas nama APSA Gemilang Management (No. akaun : 04042010017486 )


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)