Home Artikel PAS Melaka

Ziarah rumah ke rumah mekanisme paling efektif zahir prihatin – Aziah Saad

299
SHARE

Oleh : Ummu Husna

HANG TUAH JAYA, 18 Sept : Muslimat PAS Negeri Melaka terus bergerak membantu golongan yang memerlukan melalui aktiviti Ziarah Skuad Prihatin dan pemberian sumbangan kepada rakyat setempat yang dijalankan di sekitar kawasan Hang Tuah Jaya di sini semalam.

Ketua Dewan Muslimat Pas Melaka, Aziah Saad berkata, ziarah dari rumah ke rumah menjadi salah satu mekanisme paling efektif bagi Lajnah Kebajikan dalam menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan golongan yang memerlukan.

Antara golongan yang diziarahi ialah golongan ibu tunggal yang merupakan sasaran yang perlu dibantu selain fakir miskin, OKU, orang sakit, warga emas dan anak yatim.

Seusai program ziarah tersebut, muslimat telah berkumpul di bilik Seminar Ayer Keroh untuk program zikir munajat gelombang akifi.

Tambah Aziah lagi, program ini sentiasa menjadi rutin bulanan muslimat sebagai mekanisme penting untuk menguatkan rohani muslimat dengan cara berzikir, bacaan yasin dan menunaikan solat-solat sunat.

“Program zikir munajat gelombang akifi bukan sahaja dilaksanakan di peringkat negeri malah tetap dilaksanakan di peringkat kawasan seminggu sekali sebagai salah satu usaha untuk melahirkan muslimat alim,sufi dan haraki(AKIFI )” ujar beliau.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)