KelantanNegeri

Lebih 100 isi rumah di Sungai Tias nikmati bekalan air lebih baik

Oleh: Irham Hilmi Hashim

KUALA KRAI, 29 Mac – Lebih 100 isi rumah di tiga kampung sekitar Sungai Tias, Dabong kini menikmati bekalan air yang lebih baik hasil tindakan pantas Ahli Dewan Negeri (ADN) Dabong YB Ku Zaki Ku Hussin melalui pelaksanaan projek pemasangan tandak air menggunakan sistem poli paip, Jumaat lalu.

YB Ku Zaki berkata inisiatif tersebut dilaksanakan bagi menangani masalah bekalan air berulang setiap kali musim kemarau yang menjejaskan keperluan harian penduduk. Keadaan menjadi lebih mencabar apabila kapasiti tadahan sedia ada tidak lagi mampu menampung penggunaan semasa.

Menurutnya, projek berkenaan dilaksanakan secara berfasa melibatkan tiga lokasi utama. Fasa pertama di Kampung Sungai Tias Dalam membabitkan 42 rumah, diikuti Kampung Gong Genor dengan 33 rumah, manakala fasa ketiga di Kampung Sungai Tias Luar melibatkan 44 rumah serta dua surau.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️