KelantanNegeri

Rakyat Kelantan dipersila meriahkan Karnival Kubang Kerian Sejahtera

Oleh: Syamimi Manah

KOTA DARULNAIM, 14 Januari – Ahli Parlimen Kubang Kerian YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mempersilakan seluruh rakyat Kelantan khususnya warga Kubang Kerian hadir memeriahkan Karnival Kubang Kerian Sejahtera (KuKeS 2026) yang akan berlangsung pada 14 hingga 17 Januari 2026 bertempat di Mydin Mall, Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu.

“Ayuh seisi keluarga dan seluruh rakyat Kelantan khususnya Kubang Kerian, saya menjemput untuk hadir ke Karnival Kubang Kerian Sejahtera yang sarat dengan pengisian bermanfaat dan program menarik,” katanya menerusi laman rasmi, pada Isnin.

Beliau turut mengajak orang ramai memanfaatkan ruang yang ada sepanjang karnival berlangsung untuk menjalin hubungan sesama masyarakat.

“Manfaatkan ruang ini untuk bertemu dan mengeratkan ukhuwah sesama kita. Bawa keluarga serta sahabat handai hadir ke Karnival Kubang Kerian Sejahtera,” ujarnya.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️