🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

PAS Selesai Masalah Isu Elektrik

KUALA TERENGGANU – PAS terus menunjukkan komitmen tinggi dalam menyelesaikan masalah rakyat apabila berjaya mengatasi isu ketiadaan bekalan elektrik yang telah membelenggu sebuah keluarga di Kampung Darat Batu Rakit selama 14 tahun.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail, berkata, usaha membawa masuk kemudahan bekalan elektrik kepada penduduk menjadi antara keutamaan pihaknya, khususnya bagi mereka yang terpinggir dan memerlukan bantuan segera.

“Selepas pemerintahan PAS di Terengganu, saya mengambil inisiatif untuk membuat permohonan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi pemasangan meter dan tiang elektrik ke rumah Wak Tumiran.

“Sebelum ini, Wak Tumiran sekeluarga hanya menggunakan sebuah generator yang ditukar setiap tahun dan terbaru menggunakan lampu solar sahaja,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam laman media sosialnya, baru-baru ini.

Menurutnya, projek ini menyaksikan pemasangan 69 tiang elektrik di kawasan itu yang bukan sahaja menyelesaikan masalah Wak Tumiran sekeluarga, tetapi turut membuka peluang pembangunan kepada penduduk setempat.

“Usaha saya ini mengharapkan memberikan 1001 manfaat kepada penduduk baru yang hendak membangunkan rumah dan pertanian di sekitar ini,” ujar Shafizi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengurus Besar TNB Terengganu, Tuan Ir Haji Mohamad Mohyddin Mohamed Nor, pasukan TNB, kontraktor, dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Darat Batu Rakit atas kerjasama menjayakan projek ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️