Kerajaan PAS Tidak Halang Tapi Kawal Hiburan
Oleh : Adli Mohamad
KUALA TERENGGANU- Kerajaan PAS Negeri Terengganu tidak bermaksud untuk menghentikan hiburan sebaliknya merangka garis panduan baharu untuk mengawalnya
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Dr Alias Razak berkata garis panduan berkenaan akan mula dikuatkuasakan tahun hadapan.
“Sementara garis panduan itu keluar kita tangguhkan dahulu semua kelulusan program-program hiburan (dan) seumpamanya.
“Nak kata kita terus ‘banned’ itu tida, ianya supaya diselaraskan (pada) tahun hadapan (dimana) kita akan ikut garis panduan baru,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui para wartawan, di perkarangan Wisma Darul Iman (WDI), pada awal persidangan DUN, 24 November.
Sehubungan itu, beliau berkata tiada masalah kepada anak-anak muda yang mencari rezeki melalui ‘busking’.
“Ya, setakat ini (pemuzik jalanan) boleh teruskan, cuma yang kita kata di Pasar Payang itu mereka tidak boleh buat sebab tiada permohonan kebenaran dan tiada kelulusan.
“(Lagipun) aduan menyatakan (ia) bising, menggangu pengunjung pasar dan sebagainya, itu masalahnya,” ujarnya.
Oleh itu katanya, mulai tahun hadapan semua penggiat muzik, penganjur dan segala berkait dengan hiburan akan dipanggil untuk menjelaskan garis panduan baharu.
Sementara itu beliau berkata, aktiviti kebudayaan agama lain juga dibenarkan dengan syarat di dalam kawasan yang dikhaskan untuk mereka.
“Kita bukan tegas tapi (memastikan) pihak penganjur dan orang awam tidak terganggu.
“Itu tugas kerajaan untuk mengawal, itu sahaja,” tegas beliau
Pihak penganjur juga tegas beliau, perlu memilih gambar yang sesuai untuk mengiklankan sesuatu aktiviti hiburan yang dianjurkan sebelum disebarkan kepada orang ramai.
“Kita ( kerajaan PAS) memastikan ketenteramn awam sahaja tanpa menafikan hak mereka yang hendak berhibur,” jelasnya.
Dalam perkembangan yang sama, wakil kumpulan ‘busking’ Muhammad Syahid Eiba Saari, merasa lega dengan jawapan kerajaan dan sedia mematuhi syarat yang ditetapkan.
“Kita berterima kasihlah kepada kerajaan (PAS) Negeri Terengganu sebab mendengar juga isi hati pemuzik jalanan sebab kitapun memang ‘cari makan’ dengan cara ‘berbusking.
“Tentang syarat-syarat kerajaan (PAS) tentang pematuhan syariah, dan tifak melanggar batas-batas yang tidak kena dari sudut agama akan kita patuhi,” ujarnya.
Sebelum pada ini, penggiat busking yang terdiri dari 10 kumpulan yang masih aktif tidak faham dengan pekeliling yang dikeluarkan samada dibenarkan ataupun tidak aktiviti busking.
“Kita berharap apabila adanya garis panduan baru nanti, akan membenarkan dan mempermudahkan pemuzik jalanan untuk mencari rezeki,” jelas beliau.