NegeriTerengganu

Tiba Masanya PAS Memimpin Perubahan Besar Negara

Oleh Adli Mohamad

KUANTAN- Sudah tiba masanya bagi PAS untuk memimpin satu perubahan besar kepada negara pada pilihan raya akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS III, Haji Yahaya Ali berkata, perkara berkenaan dikemukakan oleh Tuan Guru Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam ucapan yang merangkumi seluruh aspek di dalam memastikan PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang efektik untuk menerajui negara pada masa akan datang.

“Turut disentuh didalam ucapan dasar presiden ialah mengenai betapa pentingnya mempertahankan status ‘quo’ Negara Malaysia ini dari segi perlembagaanya.

“Dari sudut agama Islam sebagai agama rasmi negara dan keutamaan kepada bangsa melayu untuk memimpin,” ujarnya.

Beliau yang ditemui pemberita, ketika hadir ke Muktamar Tahunan PAS kali ke-65, di Stadium Tertutup SUKPA, Indera Mahkota, di sini pada sabtu 22 Jun.

Menurut beliau perlembagaan yang ditetapkan di dalam negara adalah amat bertepatan dengan ucapan dasar Presiden dan semua pihak boleh menerimanya apabila bersama dengan PAS sebagai sebuah parti yang cukup berpengalaman.

“Dalam menjalinkan kerjasama juga dapat dilihat PAS mempunyai pengalaman yang banyak dalam ‘tahaluf siasi’ mahupun ‘taawun’.

“Dimana dasar yang ditetapkan oleh PAS  sedia untuk diterima mana-mana pihak yang sedia untuk bekerjasama dengan PAS,” jelasnya.

Tambah beliau, menerima dasar perjuangan PAS tidak semestinya perlu bersama-sama dalam konteks perjuangan Islam tetapi mereka perlu menghormati apa yang PAS perjuangkan.

Sehubungan itu turut disifatkan oleh beliau bahawa muktamar kali ke-65 pada tahun ini adalah paling berjaya apabila ianya telah turut dihadiri ramai pihak  daripada  parti-parti terdiri daripada UMNO dan juga dari beberapa parti yang lain.

“Juga daripada pelbagai wakil-wakil keduatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan seumpamanya,” ucap beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️