NegeriTerengganu

Kempen Pilihan Raya PAS Merupakan Dakwah

Oleh : Adli Mohamad

KUANTAN – PAS bukan semata-mata berkempen untuk memenangi pilihan raya tetapi di masa yang sama juga, berdakwah kepada cara hidup Islam yang syumul.

Ketua Muslimat PAS Kawasan Dungun, Khairiah Mokti berkata, hasrat PAS untuk meramaikan ahli di kalangan wanita adalah perlu dilakukan dengan gerak kerja yang bersungguh-sungguh,

“Dakwah mereka kepada PAS agar dapat melihat Islam memimpin Negara Malaysia di masa akan datang walaupun sekarang ini kita kekurangan tenaga untuk mendekati golongan sasaran terutamanya di kalangan wanita muda.

“Ini kerana selepas kita buat ‘post mortem’ pilihanraya yang lepas muslimat PAS masih kurang menonjol untuk mendekati orang luar dari PAS, hanya tertumpu kepada ahli PAS semata-mata tanpa mempromosikannya kepada orang luar,” ujar beliau.

Khairiah berkata demikian, ketika ditemui pemberita semasa Program Muktamar Tahunan PAS, di Stadium Tertutup SUKPA, Indera Mahkota di sini pada 22 Jun.

Beliau turut menyarankan supaya muslimat menerusi Muslimat Muda PAS memperbanyakkan program untuk memikat wanita-wanita ingin bersama dengan parti berkenaan terutamanya Puteri UMNO.

“Di samping kita dedahkan kepada mereka kefahaman tentang erti Islam sebenar yang mencangkupi semua perkara di dalam kehidupan.

“Sebelum ini kita kurang mendekati Puteri UMNO sedangkan itulah sasaran dakwah kita digunakan untuk mengajak mereka bersama PAS bagi membina Malaysia yang lebih baik,” jelasnya.

Menurut beliau, selepas ini, satu gerak kerja akan disusun dengan lebih terperinci untuk mengenal pasti beberapa strategi.

“Dengan cara memperkenalkan parti kita melalui penguasaan media sosial agar segala pengetahuan mengenai PAS akan dapat disebar luaskan kepada semua rakyat di Malaysia,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️