PAS Asas Tunjang Kerajaan Terengganu
Oleh : Khairan Mat Jusoh
MARANG – Parti Islam SeMalaysia(PAS) menjadi asas tunjang kepada kerajaan Terengganu yang telah berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 yang telah diadakan pada Mei lepas.
Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Pengkalan Berangan, Yang Berhormat Ustaz Sulaiman Sulong berkata parti adalah sumber kekuatan kepada sebuah kerajaan yang sedang kita bina pada hari ini.
” Kalau kita ingin membina kerajaan dengan cara yang baik maka parti adalah tunjang yang mesti diperkasakan.” ujar beliau lagi.
Sulaiman yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN(MTD), menyebut demikian ketika membentangkan manifesto PAS di dalam Program Taklimat Bancian Penduduk di Dewan Sivik Kampung Merchang, di sini pada 9 Oktober.
Taklimat tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) daripada cawangan-cawangan Zon Pantai di Daerah Marang.