Anwar Terlalu Ghairah, Gelojoh.
Oleh:Nooreni Abu BakarDUNGUN- Para pengundi melayu di P.132 Port Dickson menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlalu ghairah dan bersikap gelojoh untuk menjadi Perdana Menteri kelapan.
Timbalan Ketua Muslimat PAS Dungun, Hajah Rugayah Mahmood memberitahu rata-rata pengundi yang ditemui ketika mengadakan kempen menolak calon Pakatan Harapan itu.
“Mereka juga terkejut apabila diberitahu pilihan raya kecil akan diadakan di Parlimen Port Dickson, setelah Ahli Parlimen sebelum ini meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar “, katanya ketika dihubungi sekembalinya ke Dungun pada 8 Oktober setelah hampir lima hari berada di sana.
Rugayah seterusnya menyebut, mereka mempersoalkan kenapa perlu diadakan pilihan raya kecil sedangkan tiada kedengaran Ahli Parlimen Port Dickson meninggal dunia dan belumpun cukup tempoh lima tahun pilihan raya umum.
“Rata-rata yang kami temui menolak orang luar sebagai ahli Parlimen mereka,
“mereka juga menyesal kerana mengundi PH sebelum ini”, ceritanya lagi.
Beliau yang lebih senang disapa sebagai ‘Kak Long’ menambah jadi sebagai altenatifnya mereka diajak memberi undi kepada calon PAS.
“Calon PAS seorang pesara tentera dan pernah tinggal lama dan dikenali ramai di bandar yang terkenal dengan jolokan ‘Bandar Tentera Darat’ itu”, jelasnya lagi.
‘Kak Long’ turut memaklumkan seramai 16,000 pengundi berdaftar di Port Dickson, 7000 daripadanya adalah tentera.
Beliau yang juga isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun menyertai Gelombang Pertama bersama PAS Kawasan Kemaman, Setiu dan Hulu Terengganu .
“Kawasan Dungun mula bertugas pada 4 Oktober dan berakhir pada pukul 2.00 petang, 8 Oktober. di Unit Peti Undi(UPU) Sirusa di dalam DUN Bagan Pinang”, ujar beliau sambil meminta semua ahli PAS berdoa dan bermunajat agar calon PAS Lt. Kol. Haji Mohd Nazari Mokhtar memenangi PRK Port Dickson.